Jumaat, 29 Mac 2013

PERHIMPUNAN WARGA KEMAS DI PKM SURAM

 
Tanggal 19hb March lalu begitu suram apabila Perhimpunan Kakitangan Kemas Perak yang diadakan di PKM Gopeng nyata tidak akan dapat dilupakan, Seawal jam 8.45 pagi Mesyuarat Wartawan Bulkep dikejutkan dengan berita seorang kaki tangan KEMAS Norhafizah Binti Adnan dari lenggong yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke PKM Gopeng untuk menghadiri Perjumpaan tersebut disini. Mesyuarat ketika itu sedang dilansungkan dikejutkan dengan berita yang amat meyendihkan kami semua.
 

Pengarah KEMAS yang memulakan ucapan aluan kepada Warga KEMAS nyata begitu sebak dengan berita kemalangan tersebut, menerima berita tersebut yang begitu mengejutkan beliau sehingg begitu sebak untuk mula berucap, sebagaimana warga kemas yang turut merasai kesedihan ini, Tn Ahmad Kamal Idris Bin Hj Nawawi nyata tidak dapat menyembunyikan perasaan yang begitu hiba dengan kehilangan seorang lagi Warga KEMAS yang beliau menganggap sebagai salah seorang dari satu keluarga besar KEMAS Perak
Malah apa yang diperkatakan pengarah begitu menyentuh hati semua Warga kemas yang hadir, Bulkep masih lagi teringat apa yang diperkatakan beliau 'Bagaimana saya tak sebak!... Hari ini saya menerima Berita yang paling mengejutkan bila saya dimaklumkan beliau meninggal dunia dalam kemalangan semasa dalam perjalanan kemari demi tugas,
 
Arwah memakai baju merah (baju koprat KEMAS) yang sama sebagaimana saya, tuan-tuan dan puan-puan pakai sekarang. Mahlis begitu suran dan menyedihkan diatas kehingan seorang lagi Warga Kemas yang kita kenali cukup berdedikasi dalam tugasan.
 

Pengarah juga minta majlis dimulakan dengan sedekah Al Fatihah untuk arwah, seterusnya dimulakan dengan tahlil untuk Arwah yang dipimpin oleh AlFadil Ustad Suparno Penyelia Kanan Parlimen Kuala kangsar.Bulkep dapat merasakan betapa kesedihan keluarga besar kemas ini bila seluruh dewan begitu sunyi sepi semasa majlis diadakan, tak kurang juga ramai yang menitiskan air mata dengan kepergian arwah yang amat dirasai
Dalam ucapan Pengarah juga beliau minta semua Warga Kemas lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas, sebelum itu majlis dimulakan dengan taklimat dari Tn Ali Hanapiah berkenaan gerak kerja sosial warga Kemas 



muram...


tahlil untuk Arwah Norhafizah

Pengarah juga memaklumkan kepada semua kakitangan yang hadir jika berkesempatan untuk bersama beliau dan Ketua Pengarah menziarahi arwah sebaik selesai majlis tersebut. Arwah Norhafizah binti Adnan meninggal dunia dalam kemalangan apabila memandu menuju ke PKM Gopeng untuk menghadiri Majlis tersebut, di fahamkan sebuah lagi kenderaan dalam keadaan berlawan arus mengalami tayar pecah yang mengakibatkan gagal dikawal lalu menuju terus ke kereta arwah. mangsa hanya mengalami patah tulang kaki
 
Beliau meninggalkan seorang Puteri Nurul Syafiqah binti Adnan dan suami tercinta En Mohd Sabri bin Talib, difahamkan semasa berita diterima puteri beliau sedang menjalani peperiksaan, Arwah begitu komited dalam kerja dan kali terakhir dilihat semasa beliau turut hadir dan bertugas sebagai urusetia bagi Perasmian PKM Lenggong yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry bin Hj Abdul kadir
 
Bagi kakitangan KEMAS Lenggong tentunya tidak dapat melupakan beliau yang juga telah bertugas selam 18 tahun didalam kemas. Pihak Bulkep mengucapkan Takziah kepada keluarga mangsa, Kami juga berbangga dengan apa yang Pengarah kita katakan. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakn bersama kesayangan Allah Swt.
 
Al Fatihah... innalilah hiwainalilahirojiun 
 



dalam kenangan...




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...