Rabu, 27 Mac 2013

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK SG SIPUT

9 Mac 2013, Unit Pra Sekolah KEMAS Sungai Siput telah menganjurkan Program Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak TBK di Kampung Kota Lama Kanan. Serami 160 orang penduduk sekitar serta ibubapa kanak-kanak yang menyertai program tersebut telah hadir memeriahkan aktiviti tersebut. Dalam ucapannya Dato' Seri S.Samy Vellu yang hadir sebagai tetamu kehormat, merakamkan ucapan penghargaan kepada penduduk kerana terus menyokong kerajaan sedia ada dan melalui sokongan tersebut pihak kerajaan dapat melaksanakan dasar-dasar demi kesejahteraan rakyat.

Beliau juga menyentuh peranan TBK KEMAS serta menyatakan ia adalah antara dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan modal insan di Negara ini. Beliau juga telah memberikan pelbagai contoh dimana melalui dasar-dasar yang dilaksanakan rakyat Malaysia pada hari ini hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera. Beliau berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada demi kepentingan rakyat serta jaminan untuk generasi akan datang. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...