Rabu, 27 Mac 2013

PROGRAM DISKUSI ILMIAH PARLIMEN BUKIT GANTANG

BUKIT GANTANG, 19.3.2013 - Seramai 33 orang telah menghadiri Program Diskusi Ilmiah yang telah diadakan di Taman Matang, rumah En. Dahlan. Program ini mendapat sambutan diluar jangkaan kerana di Taman ini hanya terdapat 17 orang pengundi yang berdaftar sahaja. Hal ini dinyatakan supaya KEMAS akan menganjurkan lebih banyak lagi Program- Program berbentuk ilmiah kepada masyarakat kasnya bagi DUN Kuala Sapetang. Antara yang hadir adalah daripada Kampung Hujung Matang, Kampung Matang Gelugor dan Kampung Sungai Rentaka.

Program ini telah dimulakan dengan Bacaan Yassin yang dikhalifahkan oleh Ustazah Eishah binti Ahmad dan disusuli dengan bicara petang sebagai halwa telinga peserta yang hadir. Walaupun terdapat seorang perserta yang telah dipastikan PAS tegar telah meninggalkan majlis selapas bacaan yassin dengan alasan tidak mahu turut serta didalam bicara tersebut. Walaubagaimanapun hal ini tidak sedikitpun disusuli dengan pengundi yang bersikap atas pagar untuk terus mendengar penjelasan isu-isu semasa yang disampaikan oleh Ustazah.

Penduduk setempat sekali lagi memohon supaya program sebegini diteruskan dari masa ke semasa. Program ini turut diadakan di Kampung Paya, Changkat Jering yang mana penduduknya amat mengalu-alukan program sebegini kerana mereka perlu keluar ke Kampung Senduk yang letaknya kira-kira 6 kilometer dari rumah mereka untuk ke Kelas Bina Insan. Di kampung ini telah diadakan pada 22/3/2013 ( Jumaat ) dan juga program ini dadahului dengan Majlis Bacaan Yassin dan Ceramah Maulidur Rasul. Turut di selitkan juga penerangan isu-isu semasa yang disampaikan oleh Ustazah yang terlibat.





Laporan oleh :
ashaahmad/BG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...