Ahad, 31 Mac 2013

PROGRAM DISKUSI ILMIAH-


Oleh:wawamaizatul
photo:fazidah







26 Mac 2013,Lenggong,telah berlangsung program Diskusi Ilmiah,majlis tahlil,dan bacaan Yassin telah diadakan di Masjid Kampung Temelong.Program ini dianjurkan oleh unit Bina Insan KEMAS Parlimen Lenggong.

Program ini di dijalankan pada jam 2.30  petang hingga 6.00 petang,antara pengisian program ialah ceramah yang telah disampaikan oleh  Ustaz Mior Abdul Syukor bin Kasim,Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Gerik.Tajuk ceramah beliau berkaitan Kebesaran Islam "Rasulullah Idola terbaik".Bacaan Yassin dan tahlil serta solat Asar berjemaah.

Turut hadir ialah Encik Helmi bin Zulkefli,Pegawai KEMAS Daerah Hulu Perak.Dalam ucapan beliau merakamkan sekalung tahniah atas penganjuran program ini,beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah dan peserta yang hadir ke  program sehingga selesai.

secara keseluruhannya para peserta amat berpuas hati kerana pihak Jabatan KEMAS dapat mengadakan program seperti ini dan mengharapkan agar diteruskan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...