Rabu, 27 Mac 2013

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA KEMAS PARLIMEN PARIT

Oleh : Wartawan MEDIA KEMAS Parlimen Parit

Parit 23/03/2013 : Program Transformasi Minda telah diadakan di Pusat Sumber KEMAS Lambor Kanan. Peserta terdiri daripada masyarakat setempat dan peserta Pusat Sumber. Kehadiran peserta adalah seramai 35 orang dan aktiviti yang dijalankan adalah menjahit kraftangan felt pada baju t-shirt dan juga bicara sepetang bersama unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Parit.

Peserta menunjukkan minat yang mendalam kerana ianya satu kraftangan yang senang dan kelihatan cantik setelah di pakai, ia juga boleh diperluaskan dan dapat menggalakkan peserta menambah pendapatan sampingan sebagai tempahan kraf jahitan pada t-shirt untuk kanak2 dan juga sebagai perhiasan pada t-shirt

Terima kasih kepada kerajaan yang memberi peluang kepada peserta mempelajari kursus-kursus kraftangan dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan sampingan keluarga dengan adanya program-program seperti ini. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta yang datang atas kerjasama yang diberikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...