Rabu, 27 Mac 2013

SANTAI BERSAMA PEMIMPIN DI BATI DUA PULOH






24 MAC 2013_SABTU..Program Santai Bersama Pemimpin ini telah berjalan dengan baik di kawasan Taman Bagan Pasir,Batu Dua Puloh Dun Hutan Melintang.Program ini telah berlangsung sekitar 9 malam selama lebih kurang 3 jam.
Pemimpin yang telah hadir bagi memeriahkan program ini ialah Nur Sazila bt Dato' Sharani,beliau merupakan ketua pergerakan Puteri UMNO Parlimen Bagan Datoh.dalam keasyikan masing-masing menghayati salah sebuah lagu yang didendangkan seorang penduduk kawasan ini,tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka Dato' Shahrol Zaman bin Dato' Yahya( SETPOL Menteri pertahanan malaysia) juga turut hadir meluangkan masa bersama penduduk di kawasan ini,walaupun beliau sibuk menghadiri banyak program disekitar Parlimen Bagan Datoh.
Didalam program ini terdapat beberapa acara antaranya karoeke dan cabutan bertuah kepada penduduk yang telah hadir.Seramai seratus orang didalam pelbagai golongan umur yang telah hadir sekaligus telah turut serta menyertai acara ini.
Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan kepada penduduk yang bertuah juga turut diberikan hadiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...