Rabu, 27 Mac 2013

SANTAI MALAM BERSAMA PEMUDA

Oleh : Charmila Tagore


SUNGAI BARU – Bertempat di perkarangan rumah En. Huzaidi bin Hashim, jam 9.00 malam pada 16 March 2013, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Parit Buntar  telah mengadakan Program Santai Malam Bersama Pemuda-pemuda Kampung Sungai Baru dan kampung-kampung yang berhampiran. Hampir 150 orang pemuda yang hadir pada program tersebut.. Melalui program ini, ia dapat memberi  peluang kepada golongan muda untuk  berjumpa lebih dekat dengan kepimpinan tempatan serta dapat meluahkan rasa hati tanpa merasa kekok dan segan  juga menjalinkan hubungan silaturrahim serta memupuk semangat perpaduan dikalangan mereka.


“Program ini merupakan program turun padang untuk mendekati golongan muda agar mereka tidak berasa dipinggirkan dan bertujuan meningkatkan kesedaran betapa mereka amat dihargai dan diperlukan dalam melaksana agenda-agenda pembangunan negara kerana merekalah pelapis kepimpinan yang sedia ada bagi meneruskan perjuangan demi memertabatkan dan mendaulatkan agama, bangsa dan negara”, kata Puan Siti Nasriah binti Sharif dalam ucapan aluannya.


Hadir sama dalam program tersebut ialah Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd. Salleh bin Mat Disa, Penyelaras DUN Kuala Kurau yang begitu terharu diatas sambutan diberikan oleh  para belia pada program tersebut dimana dalam ucaptamanya, beliau amat berharap kepada golongan muda untuk   sama-sama memahami  pembangunan modal insan disamping berhibur dalam acara yang disediakan di program ini. Beliau juga meluluskan sumbangan sebanyak RM  5,000.00 untuk Pertandingan Futsal bagi belia-belia Kampung Sungai Baru dan beliau berharap program tersebut akan dapat dilaksanakan dengan segera  dan mandat diberikan kepada En. Idros bin Shuib selaku Setiausaha JKKK Kampung Sungai Baru untuk mengendalikannya







Golongan muda khusyuk mendengar amanat yang disampaikan oleh
 Yang berusaha Tuan Haji Mohd Salleh bin Mat Disa









Bagi memeriahkan lagi program  tersebut, satu acara gimik telah diadakan iaitu Sambutan Hari Lahir disamping Cabutan Nama Bertuah dimana 10 orang belia telah diraikan.

Rata-rata belia-belia yang hadir pada program tersebut merasa amat gembira dan berterimakasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Salleb bin Mat Disa diatas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan KEMAS kerana menganjurkan program seperti ini, apabila ditanya oleh Wartawan Bulkep.

Turut hadir di program tersebut ialah En. Mat Nayan bin Bakri, Pengerusi JKKK Kampung Sungai Baru, En. Shamsuddin bin Ahmad, Pengerusi JKKK Kampung Sungai Baru Darat dan En. Nordin bin Mat Disa, Pengerusi Pusat Aktiviti KEMAS Sungai Baru serta Puan Hasnah binti Abdullah, Penyelia Pra Sekolah KEMAS Kawasan Parit Buntar.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...