Sabtu, 6 April 2013

BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI TAMAN BUKIT SLIM

Oleh : Bintu Darus

Hujan lebat kedengaran di luar Surau Taman Bukit Slim jam 3.00 petang tadi di mana berjalannya Program bacaan yassin dan tazkirah yang dipimpin dan disampaikan oleh Ustazah Nurmah binti Mahiram.  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 06 April 2013.  
 
 Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk taman dengan KEMAS memandangkan tiada aktiviti KEMAS yang wujud di taman ini.  Selain itu, ianya bertujuan mendedahkan masyarakat berkenaan dengan KEMAS yang bukan sahaja mempunyai pendidikan pra sekolah, malah KEMAS juga mempunyai pendidikan kesejahteraan masyarakat dan pendidikan rohani.
 
Turut sama hadir dalam program ini Puan Sharifah bt Mohamed, MT Penyelia Pra-sekolah KEMAS Parlimen Tg. Malim.
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...