Selasa, 2 April 2013

HALAQAH - KEHIDUPAN SEMPURNA BERLANDASKAN ISLAM

Oleh: Wartawan  Media KEMAS Lumut

Pada 27.3.2013 Program Halaqah telah diadakan di Taman Terus Maju.Majlis bermula dengan ucapan aluan Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Lumut, terima kasih kepada Pn Hajjjah Raminah  yang sudi menerima tetamu untuk majlis Yassin pada hari ini.Majlis dimulakan dengan alunan Selawat  zikir munajat dan Asmaul Husna.
Majlis Yassin dikhalifahkan oleh Ustazah Raihan Bt Ab Ghani PM Bina Insan KEMAS Lumut. Tujuan majlis Yassin ini adalah untuk memohon keberkatan dari Allah dan pahalanya kita sedekahkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad serta para Arwah ibu bapa, guru-guru dan para syuhada yang telah berjuang mempertahankan agama, bangsa dan Negara dari ancaman musuh.
Setelah selesai membaca Yassin Ustazah Rafidah Bt Mohamed telah menyampaikan tazkirahnya berkaitan dengan hukum hudud  secara asasnya dari segi pengertian dan rukun-rukun di dalam hukum tersebut. Para peserta kena membuka minda dan mengetahui apakah yang dikatakan hukum hudud itu,kerana rata-ratanya kita beranggapan bahawa hukum hudud, ini  apabila mencuri, kena potong tangan.Tetapi sebenarnya hukum ini memerlukan penjelasan yang luas agar semua peserta faham mengenai hukum ini.
Dari hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam buku Fiqh Syafii jilid 2 menjelaskan
Ertinya Dari :“Aisyah r.a ia berkata :Telah bersabda Rasulullah s.a.w “Apakah engkau akan membela membatalkan hukuman dalam perkara sesuatu hudud dari hudud Allah?”(Riwayat Bukhari dan Muslim ms 456)
Dari hadis ini dapatlah satu pengertian bahawa hukum had ini adalah merupakan HAK ALLAH yang tidak dapat dimaafkan dan dihapuskan oleh manusia.

Hukum Ini dari Allah manusia hendaklah menerimanya Namun demikian untuk menjatuhkan hukuman had ini ini haruslah diketahui lebih dahulu unsur-unsur dan rukunnya,antaranya termasuk didalamnya jenayah Murtad,jenayah penyammunan,jenayah pemberontakan,jenayah perzinaan,jenayah qazaf,jenayah pencurian,jenayah minum arak.Setiap jenayah ini ada cara hukumanya.Perkara yang amat penting untuk didilaksanakan hukum ini hendaklah ada bukti yang kukuh dan tidak ada keraguan,perlu ada bukti yang kukuh,seperti saksi, pengakuan, surat menyurat serta lain-lain yang boleh meyakinkan hukum ini dapat dilaksanakan.

Di Malaysia setiap pesalah yang didapati bersalah dan terbukti bersalah  pihak Mahkamah dan Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas mereka .Kita tidak membiarkan pesalah bebas ,jika terbukti, mereka bersalah hukuman yang diterima adalah berdasarkan kepada undang-undang yang telah digubal oleh jabatan Kehakiman dan hukuman ini juga ada kaitan hukum Had Allah..
Oleh itu dinasihat kepada peserta agar mendalami ilmu pengetahuan dalam semua bidang agar apa yang kita dengar dalam isu isu semasa berkaitan  hukum hudud ini dapat difahami sebenarnya dan tidak keliru .Diakhiri dengan waslamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...