Khamis, 4 April 2013

HALAQAH - PENGURUSAN JENAZAH

Oleh: Wartawan Media KEMAS  Lumut

                                          


LUMUT  - 19 Mac 2013, bertempat di Dewan orang ramai Pasir Panjang Laut, jam 3.00 petang telah diadakan program Halaqah, Pengurusan Jenazah yang dihadiri seramai lebih kurang 100 orang. Program tersebut turut dihadiri oleh Puan Norizan binti Mansor, Ketua Wanita UMNO Cawangan Pasir Panjang. penceramah. Ustazah Rafidah binti Mohamed dari unit Bina Insan, KEMAS Parlimen Lumut telah memberi tunjukcara teori-teori umum di samping praktikal agar peserta lebih memahami hukum, kaedah serta cara sebenar memandikan jenazah.



Ketika melakukan perihal Pengurusan  Jenazah  mereka perlulah  beramanah  dan dapat mengatasi apa juga  masalah  yang timbul ketika menguruskan  jenazah. Kita juga perlu  bersyukur dalam pengendalian jenazah sudah banyak  kemudahan yang disediakan seperti kain kapan yang telah sedia dijual di kedai.dengan ekonomi yang kukuh semua keluarga dapat menyediakan hal ini serta kemudahan air yang mencukupi, tidak sepertimana yang berlaku di Kelantan terpaksa memecahkan meter air untuk pengurusan jenazah.



Program  Halaqah yang julung kali diadakan  dalam bentuk Kursus Pengurusan jenazah ini diharapkan dapat memberi munafaat kepada masyarakat serta dapat melahirkan pelapis yang muda untuk meneruskan ilmu Fardu Kifayah ini bukan sahaja kepada keluarga sendiri malahan
dapat melaksanakan tanggungjawab  menguruskan  jenazah kepada  masyarakat  kampung.


Di akhir program, urusetia turut meminta 10 orang peserta yang berminat bagi mempelajari dan mendalamai ilmu memandikan jenazah dengan lebih terperinci. Disamping itu, turut dimaklumkan bahawa kelas Bina Insan anjuran KEMAS Parlimen Lumut diadakan pada setiap minggu ke3 dan ke-4 bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang untuk mempelajari fardhu Ain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...