Selasa, 2 April 2013

KEMAS TIDAK MEMINGGIRKAN MASYARAKAT INDIA DI SLIM VILLAGE


 Oleh : Bintu Darus

BEHRANG - Bertempat di Slim Village L/C Area, Slim Village telah diadakan Program Pemberian Sumbangan dan Ziarah kepada Masyarakat India yang disasarkan kepada warga emas.  Program ini telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 16 Mac 2013 yang lepas.  Seramai 30 orang warga emas yang terpilih telah menerima sumbangan.





Tujuan program ini dilaksanakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara masyarakat di sekitar dengan KEMAS Parlimen Tg. Malim tanpa mengira agama mahupun kaum.  Selain itu, KEMAS juga mahu masyarakat India ini merasa bahawa mereka tidak dipinggirkan ataupun ditinggalkan dari memperolehi sebarang bantuan atau sumbangan dari kerajaan.  KEMAS sebagai salah satu agensi kerajaan yang bertugas untuk membangunkan kemajuan pelbagai kaum se iring dengan slogan YAB Menteri Besar Dato' Seri Di Raja Dr. Zambry bin Abd Kadir iaitu "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir".


Turut hadir dalam program tersebut bagi menyampaikan sumbangan Setiausaha Agong Belia 4B Malaysia, Encik Mohd Zaidi bin Aziz, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg. Malim, Tn Hj. Syed Mohd Damiri bin Syed Mohd Nor, Ketua UMNO Cawangan Slim Village, Tn Hj Ahmad Wasif bin Majid, Ketua-ketua UMNO Cawangan yang berada disekitar kawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...