Jumaat, 5 April 2013

KRAFTANGAN ENGLISH STYLE MENJADI TARIKAN







SAUK, 28 MAC -  Ternyata Kraftangan Gaya Inggeris masih menjadi pilihan dan tarikan para peminat hiasan dalaman rumah.  Sehubungan itu, Unit Pendidikan Kemahiran Jahitan, KEMAS Parlimen Padang Rengas mengambil peluang ini sebagai daya tarikan dalam Kursus Jahitan yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Sauk.  Program yang menyasarkan golongan wanita khususnya suri rumah bagi mengikuti kursus  seterusnya mampu menjana pendapatan. 

Kursus yang mengunakan khidmat Tenaga Pengajar lepasan Institut Latihan KEMAS, Cik Tafdhilah binti Ahmad yang merupakan Guru Jahitan KEMAS SKM Tahap 4 berjaya menarik minat seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang telah menunjukkan minat serta komitmen yang tinggi terhadap program ini 

Peserta juga diraikan dalam majlis perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh Pegawai KEMAS Daerah Kuala Kangsar, Cik Khairun Nisa' binti Roshdi dan turut dihadiri oleh Penyelia-Penyelia KEMAS Parlimen Padang Rengas.Maklumbalas yang diterima daripada program tersebut mendapat pujian para peserta dan berharap KEMAS dapat menganjurkan lagi program berbentuk Ilmiah bagi meningkatkan ilmu khususnya masyarakat desa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...