Rabu, 17 April 2013

MASAK-MEMASAK DI TAMAN SEROJA

Oleh : Bintu Darus

Slim : Bertempat di Taman Seroja, Kg Kuala Slim telah diadakan program demonstrasi masakan "Crispy Crab Filement".  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 15 April 2013 yang lalu dan telah dilaksanakan oleh YM Cik Raja Siti Zaharah bt YM Raja Abd Razak, Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga.


Demonstrasi ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dan masyarakat setempat.  Selain itu bagi memberi peluang kepada masyarakat sekiranya dengan program ini dapat membantu mereka untuk membina kewangan yang lebih kukuh dalam memajukan diri, keluarga dan masyarakat.


Turut hadir dalam program ini ialah Puan Hjh Maziah bt Zainal Abidin, Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Tg. Malim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...