Jumaat, 5 April 2013

MASTER CHEF PARIT BUNTAR

Oleh: Charmila Tagore
Foto: Ashwarya Rai



Sungai Baru, Jumaat, 22 March 2013, bertempat di Pusat Masakan KEMAS Sungai Bharu telah diadakan Kursus Masakan yang disasarkan kepada golongan remaja.  Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Kawasan Parit Buntar bagi menarik minat golongan remaja dalam bidang masakan. Kursus ini  mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para peserta dimana seramai   60 orang peserta dalam lingkungan 21 tahun keatas telah terlibat mengikut kursus ini.








Pelbagai demontrasi masakan dan latihan amali secara berkumpulan telah diadakan seperti Demontrasi  Masakan  Nasi Tomato,  Ayam Masak Merah, Jelatah Sayur, Kek Coklat Moist dan Coklat Cube.  Para peserta telah diberi bimbingan dan latihan oleh dua orang Jurulatih yang berpengalaman iaitu  Puan Rohana binti Haji Mohamed,  Pemaju Masyarakat Pusat Masakan KEMAS Sungai Bharu dan Cik Nor Rasidah binti Abu Bakar, Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga.













“Semoga kursus ini memberi manfaat kepada remaja  dan seterusnya menyuburkan minat dalam bidang masakan kerana ia merupakan satu bidang yang berpotensi untuk dijadikan kerjaya serta menambah pendapatan” kata Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Salleh bin Mat Disa dalam ucaptamanya. Beliau mahu peserta-peserta lelaki yang hadir dalam kursus membuktikan bahawa kaum lelaki lebih hebat memasak dari kaum wanita.. 















Semua peserta berasa seronok kerana dapat menimba pengalaman baru dan memperolehi pelbagai resepi masakan, mereka sudah tidak sabar lagi untuk pulang dan mencubanya di rumah. Bagi Mohd Firdaus bin Mohd Saat yang begitu teruja menyatakan, “Ini adalah julung kalinya beliau menyertai kursus masakan dan jika sebelum ini, beliau hanya tahu makan sahaja apajua yang dimasak oleh ibunya, selepas ini, beliau pula akan memasak untuk ibu dan keluarga”. Sahabatnya, Azrul Faizan bin Hassan mencelah, katanya, “Masakan dari air tangan sendiri adalah lebih sedap dari masakan yang dibeli di kedai”. Kalau dulu, beliau tidak minat memasak tetapi setelah mengikuti kursus ini, minat itu datang sendiri dan beliau tidak sabar lagi untuk cuba sendiri memasak resipi-resipi yang diperolehi dan menjadikan bidang masakan sebagai pekerjaan, kata Ridwan Jaafar kepada wartawan Bulkep.  Tiga sahabat ini tidak akan melepaskan peluang jika ditawarkan lagi untuk mengikuti kursus-kursus masakan seperti ini dimasa-masa akan datang.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...