Ahad, 7 April 2013

PROGRAM KEIBUBAPAAN PARLIMEN IPOH TIMOR

Pada 7 April 2013 (Ahad) 2.00 petang bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Pasir Puteh telah berlangsung Program Keibubapaan bagi Tabika KEMAS Parlimen Ipoh Timor. Program telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor merangkap Ketua Cawangan Kg. Pasir Puteh. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat terutama kepada KEMAS
Parlimen Ipoh Timor diatas libatan jabatan dengan masyarakat setempat. Dari tahun kesetahun beliau menampakan pembaharuan yang di sediakan oleh pihak KEMAS kepada masyarakat luar bandar. Kakitangan KEMAS Ipoh tidak merasa jemu dan bosan mendidik anak-anak pra-sekolah dan memberi kemahiran kepada surirumah yang belajar di kelas-kelas pendidikan masyarakat.

Beliau juga mengingatkan kepada para hadiran agar tidak lupa untuk membalas jasa kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak memberi bantuan dan sumbangan kepada rakyat Malaysia dan mengekalkan keamanan dan meningkatkan ekonomi rakyat. Pada PRU Ke 13 beliau mengharapkan pada hadiran agar menyokong dan memangkah Barisan Nasional.

Ceramah Keibubapaan telah disampaikan oleh Ustad Mohd Yusof bin Ismail, Penolong Pengarah JASA Negeri Perak. Dalam ceramah beliau mengharapkan agar ibubapa menerapkan sifat-sifat dan akhlak yang baik kepada anak-anak dari peringkat awal lagi. Ibubapa adalah contoh yang baik kepada anak-anak sekiranya kelakuan dan perbuatan baik, baiklah sekiranya sifat dan akhlak buruk yang ditunjuk oleh ibubapa,    buruklah perangai yang akan diikuti oleh anak-anak.

Sempena dengan Program keibubapaan, Pertandingan kolaj dan Pertandingan Kuih Tradisional diadakan.
Seramai 22 orang kanak-kanak Tabika KEMAS Dun Pasir Pinji telah memasuki Pertandingan Kolaj dan seramai 10 peserta dari kelas aktiviti KEMAS Dun Pasir Pinji menyertai Pertandingan Kuih Tradisional Lempeng Pisang.

Program telah selesai pada pukul 5.30 petang dengan penyampaian hadiah dan cenderehati kepada setiap pemenang dan peserta pertandingan.


Pendaftaran peserta dan kehadiran orang ramai.






Para hadiran sedang bersalawat dan menyanyi lagu negaraku.




Yg. Bhg. Dato' Hj. Mohamad Raduan bin Mohd Kasim memberi ucapan 
dan merasmikan program.                                                        



Ustad Mohd Yusof bin Ismail  memberi ceramah 'Anak Ku Permata Ku'


Kanak-kanak Pra-Sekolah sedang membuat Kolaj


Lempeng Pisang yang memenangi tempat pertama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...