Sabtu, 6 April 2013

Program Lawatan kerja (Walkabout) YAB Menteri Besar Perak ke DUN Pasir Panjang.




Lumut 9 Mac 2013 – Program Lawatan kerja (Walkabout) YAB Menteri Besar Perak ke DUN Pasir Panjang. Dalam lawatan tersebut, Menteri Besar Perak telah merasmikan Majlis Pecah Tanah, Projek bina baru Surau Haji Lot Kg Sungai Tiram Lekir. Beliau telah meluluskan peruntukan bagi membina surau baru yang bernilai RM400,000. Surau tersebut lengkap dengan Seni Ukir Melayu Perak serta boleh memuatkan sekitar 200 orang jemaah dalam satu masa. Kelengkapan juga disediakan bagi memudahkan orang tua dan OKU.


MENDAPAT SAMBUTAN PENDUDUK SETEMPAT

Dalam ucapan beliau menyarankan, supaya semua penduduk kampung ini dapat bekerjasama dan bantu membantu dalam apa juga aktiviti dan muafakat dalam menjalinkan hubungan yang baik di kampung ini. Beliau juga berharap supaya pihak Pejabat Tanah dapat memastikan status tanah untuk dibuat projek perumahan untuk generasi kedua. 


PERASMIAN TANAM POKOK DOA

MENANDATANGANI PLUG PERASMIAN

PLAN SURAU BARU


Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Daerah Manjung Tn Hj Zamari bin Mohd Ramli, YDP Daerah Manjung Dato Zamri bin Man, Pengarah KEMAS Negeri Perak Tn Ahmad Kamal Idris bin Hj Nawawi, AJK UMNO 4 peringkat, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua kampung, Penghulu Mukim dan seluruh penduduk kampung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...