Selasa, 16 April 2013

SEMBANG PETANG SAMBIL BERSANTAI DI PELANTAR NELAYAN



Oleh : Wartawan Media KEMAS Lumut


LUMUT – 14 April 2013 bertempat di Pelantar Nelayan Batu 8 Lekir, berlangsung nya Program Titik Sentuhan Rakyat bersama penduduk gabungan kampung Batu 8 Lekir, Kampung Pasir Pandak, Kampung Sungai Tiram, Kampung Bt 10 dan Kampung Pasir Panjang.
 Program anjuran KEMAS Parlimen Lumut ini dihadiri oleh Pegawai KEMAS Daerah Manjung, En. Nor Heazi Aswal b. Hj. Norbani, Pengarah PDM Batu 8, En Hashim b . Yoep Nordin, Ketua Kampung Pasir Pandak, En. Mohd Nazar b Bidin, dan  Pegawai RELA Daerah Manjung, En. Shadri b. Mat Saleh.
Bagi memberkati majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengerusi Masjid Batu 8, Tn. Hj. Arshad b. Omar.
 Majlis yang juga berkonsep kan ‘Sembang Petang’ ini, turut dihadiri oleh penceramah  pada petang itu, iaitu En. Azmi b Ismail, Penyelia Perhubungan Batu Gajah, Perak. Dalam ceramah beliau berkata “ kepada semua pengundi bersedialah dari awal bagi menghadapi hari mengundi dan membuat keputusan seawal sekarang untuk memilih siapa yang bakal diundi. Pastinya kerajaan sekarang yang telah banyak memberi pelbagai sumbangan seperti BR1M dan juga memberi bantuan terhadap nelayan".
Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha  En. Rashidi b Ibrahim , Setiausaha Sulit Khas YAB Menteri Besar Perak sekitar jam 4.40 petang. Beliau turut berbesar hati menyampaikan sedikit bantuan kepada orang kampung, dan menyampaikan hadiah bagi cabutan bertuah dan penduduk yang berjaya menjawab beberapa soalan yang disediakan.
Ribuan terima kasih kepada para penduduk Batu 8 Lekir yang sudi menjadi tuan rumah bagi program Titik Sentuhan Rakyat ini dan juga para hadirin yang hadir dari luar kawasan setempat yang membuatkan kehadiran yang hanya dijangka seramai 100 orang yang akhirnya mencatat jumlahlebih dari 200 orang.

Hadirin juga nyata mendapat info yang terkini dan mengakui kebenaran kata-kata penceramah, bahawa kerajaan banyak memberi sumbangan kearah kemakmuran hidup mereka pada hari ini, serta melahirkan rasa berterima kasih dan turut menyatakan sokongan padu mereka terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan menyokong segala Transformasi kerajaan Barisan Nasional ke arah mengekalkan keamanan yang mereka nikmati hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...