Rabu, 25 September 2013

HARI PONTESI KEMAS ZON 3 - DI ILK SERI ISKANDAR



Hari Potensi KEMAS Zon 3 telah di adakan pada 19/09/2013 di ILK Seri Iskandar. Seramai 200 kanak-kanak Tabika KEMAS dari Parlimen Parit, Pasir Salak, Beruas dan Manjung terlibat di dalam Hari Potensi ini. Pada kali ini acara outdoor game yang dijalankan adalah Footsal, Bola Jaring, Silat dan Gerakrama.

Perasmian telah dilaksanakan oleh YB Ahli Parlimen Parit, turut hadir adalah PKD Manjung, Penyelia Kanan Manjung, Penyelia Kanan Parit serta Penolong Pengarah Pejabat Daerah.

Acara Gerakrama telah dimenangi oleh KEMAS Pasir Salak.
Acara Silat telah dimenangi oleh KEMAS Manjung
Acara Footsal telah dimenangi oleh KEMAS Pasir Salak
Acara Bola Jaring telah dimenangi oleh KEMAS Parit

Ucapan terima kasih kepada semua ibubapa kanak-kanak yang datang bagi memberi sokongan kepada anak-anak. Semoga dengan adanya penglibatan ibubapa di dalam program-program KEMAS dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan KEMAS serta dapat menguarkan semua aktiviti yang dilaksanakan oleh KEMAS agar dapat melibatkan ibubapa dan masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...