Rabu, 11 September 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 56 TABIKA KEMAS PARLIMEN PARIT 2013 - Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku



Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku... itulah tema Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia ke 56 Tahun.

Parit : 31/08/2013 Hampir seramai 350 orang kanak-kanak Tabika KEMAS Parlimen Parit menyertai Sambutan Hari Kemerdekaan yang telah diadakan di Padang Seri Iskandar, Bota Perak.

Turut hadir memeriahkan sambutan adalah Ahli Parlimen Parit serta wakil dari KEMAS Negeri Perak bagi acara perasmian sambutan.

Semoga acara sebegini dapat dijalankan setiap tahun dengan penyertaan yang ramai dari ibubapa serta seterusnya dapat mengeratkan hubungan kerjasama serta mengekalkan keamanan, kestabilan serta perpaduan antara kaum.

Terima kasih juga tidak di lupakan kepada semua Pemaju Masyarakat, Penyelia Pelbagai Jurusan, Ibubapa serta Pembantu Tabika yang turut hadir menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan.

Sekian wassalam......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...