Anugerah tertinggi Pengarah 'PANCA DELIMA' yang merupakan terakhir dimalam Majlis Hari Kualiti Kemas Perak 2013 amat menyentuh hati semua warga Kemas bila En Usman bin Kadir (penyelia Kanan Perhubungan Negeri) yang dinobatkan sebagai penerimanya. Rata-rata semua amat setuju dengan pilhan pengarah terhadap En Usman yang begitu gigih terhadap Jabatan yang kini sudah pun menjangkau lebih 19 tahun lamanya. Sebaik nama beliau diumumkan, hadiran bangun dan memberi tepukan gemuruh terhadap beliau dan begitu ramai yang boleh dilihat sebak sebaik dia kepentasuntuk menerima Anugerah tersebut
Ramai yang tidak menjangka siapa yang bakal menerima Anugerah tertinggi dari Pengarah dan sebaik diumumkan nama beliau sebagai penerimanya nyata hadirin sekata pendapat serta beranggapan pilihan Pengarah cukup tepat dan sekali gus peristiwa ini membuat Warga Kemas Perak menilai bagaimana begitu perihatin nya Tn Pengarah terhadap kakitangan Kemas Perak.
Uzur... bukan penghalang |
Bagaimana pun Usman Kadir masih hadir sekalipun dalam keuzuran lontaran mengalami sakit yang melibatkan pegerakan dan keupayaan beliau amat terhad bila hilang upaya atau daya untuk menggerakan kaki beliau seperti secergas dahulu, Untuk bangun beliau terpaksa dipapah dari bangku beliau sehingga ke atas pentas.
Majlis juga dilihat bagaimana sebahagian kakitangan yang dipilih dan ditugaskan mengambil atau mengantikan tempat EM yang bertanggung jawab sebelum ini terhadap kebanyakan Malis atau Event yang besar dan berprestij. En Ali Hanafiah sebelum ini menjelaskan kepada semua supaya kita memberi peluang untuk mereka bagaimana rasanya terlibat dalam kerja Event yang sebelum ini
Pelbagai gelagat boleh dilihat bagaimana bila mereka di beri tugas mengantikan krew EM yang selama ini bertanggung jawab untuk memastikan majlis berjalan dengan Baik dan teratur
Tahniah, Sdr Azahan Orang Kuat Buletin menerima anugerah Kewartawanan |
kusyuk melihat persembahan bakat warga kemas.. |
Penghargaan terhadap semua jurusan dan kategori tidak dilupakan, bermula dari PPM, PPDP,PKP sehinggalah PKD turut diberi penghargaan untuk menerima Anugerah di setiap kategori atau pun jurusan.
Paling mantap bila majlis yang dikendalikan oleh 6 Orang MC hasil gabungan yang lama dan yang baru ternyata gandingan Nyata Azmi Ismail (Pasir Salak), Hasri Karim (Ipoh Timor), Zahidi (Sg Siput), Norhayati Bahari (Kampar), Norfa Ain (pdg Rengas) Suhaiza (Bagan Serai) membuatkan warga Kemas tak kering gusi dengan kelibat dan telatah mereka yang menjadikan keadaan dewan yang sentiasa gamat dengan gelak tawa mereka semasa mengacarakan Majlis
Gabungan Terbaik... |
Nantikan : gambar-gambar semasa Majlis berlansung dalam Posting yang akan datang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan