Rabu, 27 Mac 2013

CERAMAH KEAGAMAAN HARI KEBESARAN ISLAM

Catatan oleh : Wartawan MEDIA KEMAS Parlimen Parit

Parit 26/03/2013 - Program Bina Insan mengadakan Ceramah Sambutan Hari Kebesaran Islam di Dewan Orang Ramai Kg. Panchor. Seramai 40 orang hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Yaakub b. Awang Hamat dari Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Parit. Turut serta didalam majlis ini adalah JKKK Kg. Panchor dan masyarakat setempat.


Untuk makluman semua, di Malaysia, perayaan menyambut hari kebesaran Islam adalah suatu kemestian yang akan dilakukan oleh umat Islam. Banyak aturcara yang dibuat bagi menjayakan perayaan tersebut. Ada yang membuat pengisian dengan cara perarakan, ceramah keagamaan, melakukan kesenian Islam seperti nasyid dan dramatari, bahkan ada juga yang melakukan solat hajat beramai-ramai. Keadaan begini telah diterima oleh masyarakat Malaysia keseluruhannya dan masing-masing setiap penganut agama dan kaum menghormatinya.

Seorang orang kuat sebuah parti politik pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak dibolehkan berarak dan mengadakan perhimpunan sempena memperingati tarikh Maulidur Rasul. Akan tetapi dalam masa yang sama, kenapa dia bersetuju dibuat majlis perhimpunan jubli tahunan saban tahun sempena pemerintahan partinya di negeri pantai timur tersebut? Persoalannya adakah perhimpunan meraikan pemerintahan lebih utama daripada perhimpunan mengingati dan menzahirkan kecintaan kepada junjungan Rasulullah SAW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...