Rabu, 27 Mac 2013

PROGRAM BACAAN YASSIN

Catatan oleh : Wartawan MEDIA KEMAS Parlimen Parit


Parit 25/03/2013 - Program Bina Insan pada kali ini telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin di Dewan Orang Ramai Kg. Kubang Chandung, Bota. Seramai 40 orang masyarakat setempat hadir bagi mengadakan Majlis Bacaan Yassin beramai-ramai. 

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Kubang Chandung En. Hadzim b. Bahauddin serta JKKK Kampung Kubang Chandung. Semoga dengan adanya program seperti ini dapatlah kita mendoakan kesejahteraan rakyat dan negara serta kita sentiasa di dalam keberkatan Allah s.w.t dan mendapat petunjuk dan rahmat bagi menjaga tanahair dari serangan musuh yang mahu merosakkan negara kita.








Keberkatan Surah Yassin

Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:

1.   Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2.   Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3.   Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4.   Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5.   Jika terpenjara akan dibebaskan.
6.   Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7.   Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8.   Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya
9.   Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...