Rabu, 27 Mac 2013

HARI POTENSI TABIKA KEMAS PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2012

Hari Potensi  Tabika KEMAS peringkat daerah Perak Tengah ini telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah Kampong Gajah.Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Tajuddin Bin Abdul Rahman ahli Parlimen Pasir Salak. Program ini berjaya menarik perhatian penduduk tempatan,dianggarkan lebih tiga ratus orang termasuk ibu bapa peserta hadir memeriahkan suasana di dewan tersebut. 

Pelbagai acara dipertandingkan antaranya nasyid,boneka tangan,genderang,teater dan banyak lagi acara.Program ini dapat mencungkil bakat kanak kanak tabika berusia empat hingga enam tahun.Paling membanggakan anak anak dari Tabika KEMAS Zon A Perak Tengah telah berjaya mewakili negeri Perak ke Hari Potensi Tabika KEMAS peringkat Kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...