Rabu, 27 Mac 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA AKTIVITI KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK 2013

Mesyuarat Agung Jawatankuasa KEMAS Parlimen Pasir Salak ini telah diadakan di Dewan MPTI, Langkap pada 28 Februari 2013. Majlis telah dirasmikan oleh Yb.Dato' Hj Tajuddin b.Abd Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yb Dato' Wan Norasyikin bt. Wan Nordin Adun Kg.Gajah dan Yb.Dato' Zainol Fadzi b. Hj Pahruddin Exco kerajaan negeri Perak merangkap Adun Sg.Manik. KEMAS diwakili Tn.Hj Mohamad b. Hussin yang mewakili Pengarah KEMAS Perak.

Mesyuarat Agung yang juga dihadiri oleh wakil-wakil Ahi Jawatankuasa Tabika kemas diseluruh parlimen Pasir Salak, Majlis yang dihadiri lebih 600 kehadiran memenuhi Dewan MPTI, Langkap, Mesyuarat juga bagi perlantikan jawatankuasa bagi penggal 2013-2015 KEMAS Parlimen Pasir Salak. 

BULKEP mengucapkan Tahniah kepada semua jawatankuasa yang dilantik serta pihak urusetia yang begitu bekerja keras untuk menjayakan majlis yang begitu meriah sekali, Yb.Dato'Wan Norasyikin bt. Wan Nordin turut menyampaikan watikah pelantikan kepada semua penerima watikah lantikan jawatankuasa sesi 2013-2015
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...