Jumaat, 29 Mac 2013

KEMAS TERUS DEKATI MASYARAKAT..

BUKIT GANTANG, 27/3/2013 ( Rabu ) - Saban tahun, apabila tibanya bulan Islam, 12 Rabiul Awal ataupun lebih dikenali dengan sambutan Maulidur Rasul, KEMAS tidak pernah ketinggalan daripada meraikannya. Pada tahun ini KEMAS telah  meraikannya di tiga lokasi iaitu Kampung Batu Tegoh, Kampung Simpang dan Kampung Changkat Ibol. Kampung Changkat Ibol menjadi lokasi terakhir jelajah Maulidur Rasul KEMAS Bukit Gantang dan majlis ini mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat. Hal ini kerana majlis ini turut dihadiri oleh penduduk yang berlainan fahaman politik. Sungguhpun begitu hal ini tidak mematahkan semangat Ketua Kampung Changkat Ibol dan Ketua Kampung Senduk bagi menjayakannya. Anggaran kehadiran pada hari ini adalah seramai 104 orang. Majlis ini telah dikendalikan oleh Uztaz Mohd. Khairi bin Musa, PM Bina Insan KEMAS Bukit Gantang. Gotong royong membakar lemang turut diadakan sehari sebelum majlis dijalankan.
Antara ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Khairi adalah Perpaduan Ummah dan beliau menyeru supaya umat Islam sedar dengan kenyataan kenyataan pemimpin pemimpin bukan islam yang secara halus ingin menghancurkan umat Islam di bumi Malaysia. Beliau turut menyentuh Isu Kalimah Allah yang dimainkan oleh Beberapa parti politik dan pemimpin bukan islam mereka bagi memesongkan Aqidah umat Islam sejagat.

Beberapa peserta turut meluahkan kekecewaan mengenai kesan politik yang melibatkan kesucian Agama Islam yang menjadi tunjang pemerintahan di Malaysia dipertikaikan oleh sesetengah pemimpin parti politik di Negara ini.
Rata-rata program yang dilaksanakan di DUN Kuala Sapetang mendapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk disekitarnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...