Jumaat, 29 Mac 2013

PROGRAM KEMAS RUANG INTERAKSI....


BUKIT GANTANG, 27/3/2013 ( Rabu ) - Dalam usaha KEMAS memperluaskan skop program kemahiran yang mempunyai prospek yang luas pada masa hadapan kepada kumpulan sasar adalah Dandanan Diri. Kursus ini juga dapat membantu masyarakat luar bandar untuk lebih berketrampilan dan mempelajari daripada menghadapi masalah personaliti seperti kekurangan idea, kegugupan bila berhadapan dengan orang ramai dan penampilan diri yang tidak kemas yang mana boleh membawa kepada perasaan rendah diri apabila dikhalayak ramai. Kursus ini juga tidak terhad kepada ketrampilan diri semata-mata tetapi juga mampu diperluaskan kepada mewujudkan tenaga mahir didalam bidang tersebut serta mampu menjana ekonomi kepada golongan muda yang berminat.
Seramai hampir 90 orang peserta yang hadir ke kursus ini yang dilaksanakan di dua tempat iaitu di Kampung Sungai Che Rahmat ( 29/3/2013 ) dan Kampung Padang Gajah ( 27/3/2013 ). Kursus ini mendapat sambutan diluar jangkaan kerana hampir 6 tahun KEMAS Parlimen Bukit Gantang tidak mempunyai PM PKK dan juga PM PK. Hal ini dikatakan telah membuktikan keprihatinan KEMAS kepada masyarakat setempat. 
Didalam program ini PM PKK, Pn. Asra Nooraiza binti Abd. Rahim telah menunjukkan cara pemotongan rambut trend masa kini, teknik pembersihan dan pengeringan rambut yang betul dan cara mengelakkan kelemumur bagi pemudi yang bertudung. Kursus ini turut disertai oleh 7 orang peserta lelaki yang berminat. Peserta turut diberikan penerangan isu-isu semasa oleh Pn. Selabiah binti Awang dan peserta menyambut baik maklumat yang disampaikan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...