Rabu, 27 Mac 2013

MINI KARNIVAL PEMAKANAN SIHAT 2012

Dato' SUK sedang ditemuramah oleh Chef Yang Jamil mengenai resepi memasak Lempeng Pisang
Peserta-peserta Pertandingan Memasak Lempeng Pisang
 
Oleh : Charmila Tagore   
PARIT BUNTAR – KEMAS Parlimen Parit Buntar telah menganjurkan Mini Karnival Pemakanan Sihat selama 2 hari bermula pada 15hb dan 16hb. September 2012 yang lalu bagi menyahut seruan Kerajaan yang telah memperkenalkan Kempen Gaya Hidup Sihat untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan, bertempat di Dewan JKKK Tanjung Piandang, Perak.

Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah program keagamaan seperti Ceramah Agama, Pertandingan memasak VIP  dan masyarakat serta pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika bersama ibubapa. Selain itu,  terdapat juga pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta. Antara agensi yang terlibat Jabatan Kesihatan dan Pergigian, AADK , MARA, Tabung Haji dan banyak lagi .

Program ini telah di rasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Mat Dan bin .Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah KEMAS Negeri Perak, Encik Ahmad Kamal Idris bin Haji Nawawi, Ketua-ketua Jabatan, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan pengerusi Tabika KEMAS kawasan Parit Buntar. Program yang berlangsung meriah ini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan  dengan kehadiran selebriti Chef masakan 1 Malaysia, Chef Yang Jamil Bin Yang Razali , Ustaz Muhammad Al- Amin (TV9) dalam program “Tanyalah Ustaz” dan Penyanyi  dari AF 9 Cik Eka
Program ini juga turut diserikan dan diceriakan dengan persembahan tarian  daripada kanak-kanak Tabika KEMAS Kawasan Parit Buntar. dan Pertandingan Masakan Lempeng Sihat oleh 10 pasangan VIP yang terdiri dari Penyelaras-penyelaras DUN dan Parlimen, Jabatan Kesihatan, Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Daerah Kerian, Pejabat Daerah dan Tanah, Pertubuhan Peladang Kawasan dan turut disertai oleh Setiausaha Kerajaan Perak, dimana Datuk Abdul Puhat bin Mat Nayan serta pasangannya, Ustaz Haji Zainal Abidin bin Zaini telah mempamerkan kehebatan mereka apabila muncul sebagai Johan dalam pertandingan masakan tersebut.










Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Abdul Puhat bin Mat Nayan berkata, amalan pemakanan seimbang dapat melahirkan masyarakat berkualiti seterusnya membentuk generasi masa hadapan yang progresif dan berketerampilan.
Menurutnya, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan menggalakkan orangramai beriadah dalam mempromosikan amalan gaya hidup dan pemakanan sihat menerusi kerjasama agensi kerajaan disetiap daerah.
“ Kerajaan Pusat menerusi kementerian giat mempertingkatkan kesedaran amalan pemakanan sihat dalam kalangan orangramai untuk mewujudkan generasi muda yang cergas. Rakyat perlu menyedari penting memiliki tahap kesihatan yang baik bagi membolehkan kita semua mampu menyumbang kepada pembangunan Negara, kesejahteraan diri dan keluarga, “ katanya semasa sessi sidang akhbar bersama wartawan sinarharian, metro dan BULKEP.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...