Rabu, 27 Mac 2013

PROGRAM TITIK SENTUHAN RAKYAT - DEMONSTRASI MASAKAN DI KG BERMIN





TAPAH - Pada 07 Mac 2013,  KEMAS Parlimen Tapah telah mengadakan Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) Siri 1 -   Demonstrasi Masakan di Kg Bermin. Antara jemputan yang hadir adalah Puan Sapuezam binti Mohd Talib selaku Penyelia Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Tapah,  Ketua  Wanita UMNO cawangan Kg Bermin dan penduduk kampung setempat.





Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin tempatan disamping para peserta dapat mempelajari resepi ini. Selain itu, para peserta juga didedahkan maklumat dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa.





Menurut Puan Sapuezam binti Mohd Talib, KEMAS sentiasa menepati kehendak masyarakat selaras dengan perkembangan semasa. Seramai 30 orang dari kalangan penduduk kampung yang hadir bagi memeriahkan program ini.

  

Penduduk Kampung Bermin mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Daerah Batang Padang di atas program yang dianjurkan dimana mereka dapat menambah dan memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai masakan. Mereka juga meminta agar program sebegini diadakan lagi pada masa yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...