Isnin, 8 April 2013

BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI BANDAR BEHRANG 2020

Oleh : Bintu Darus
 
Kedengaran alunan bacaan Yassin oleh kaum wanita di Taman Wangsa, Behrang 2020. Pada hari ini, 08 April 2013 telah diadakan Program Bacaan Yassin dan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Nurmah bt Mahiram.  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim dan seramai 25 orang yang telah hadir.
 

Program ini diadakan bagi bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara KEMAS Parlimen Tg. Malim dengan penduduk taman tersebut.  Dengan kehadiran kumpulan bacaan Yassin yang wujud di taman tersebut telah menambah kemeriahan program ini.  Kehadiran KEMAS disambut baik bagi sama-sama berkongsi ilmu dalam pendidikan yang berbentuk kerohanian ini.
 
Tidak mahu pertemuan ini berakhir disini sahaja, wakil Penegrusi Taman telah mempelawa untuk mengadakan program seperti ini pada setiap bulan.  Pelawaan di sambut baik oleh pihak KEMAS dan
 
jika ada sumur diladang,
izinkan hamba menumpang mandi, 
jika ada umur yang panjang,
lain masa berjumpa lagi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...