Sabtu, 6 April 2013

DEMONSTRASI GELANG KRISTAL DAN PEMBERIAN HAMPER KEMAS IPOH BARAT

Disediakan oleh : Istanbul
24 Mac 2013,Ipoh - Bertempat di Buntong,Ipoh satu demonstrasi Gelang Kristal dan juga majlis penyampaian hamper telah berjalan dimana program ini telah dihadiri oleh 30 orang dari kawasan komuniti setempat iaitu dari DUN Buntong dan turut disertai juga oleh kehadiran dari Pemimpin tempatan, Pegawai KEMAS Daerah Kinta, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Ipoh Barat dan juga penyelia-penyelia dari KEMAS Ipoh Barat.
Peserta yang hadir tekun menyiapkan gelang kristal.
Program yang bermula pada jam 3.00 petang ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakan dari masyarakat setempat yang dijalankan di lot kedai di kawasan Buntong ini.Rata-rata mereka melahirkan rasa teruja untuk sama-sama belajar cara membuat gelang kristal dan di samping itu bersama-sama beramah mesra dengan pemimpin tempatan DUN Buntong.
 
Majlis Penyampaian Hamper.
Ucapan oleh Pemimpin setempat

Pemberian Hamper kepada indiviu yang memerlukan

Penyampaian Hamper oleh Pihak KEMAS
Majlis kemudiannya diteruskan dengan pemberian hamper kepada 15 buah keluarga yang dipilih dari kalangan penduduk setempat.Rasa gembira jelas kelihatan di kalangan penduduk ini dan pemimpin tempatan mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Jabatan KEMAS kerana menganjurkan program seumpama ini.Cik Norul Huda sebagai Penyelia Kanan KEMAS dalam ucapan nya sesuai dengan motto " Tiada Tertinggal,Tiada Terpinggir" sudah menjadi tanggungjawab Jabatan KEMAS untuk mendekati masyarakat,menyelami masalah masyarakat dan bersama-sama dengan masyarakat.Program berakhir pada jam 5.30 petang yang mana dapat memberi kesan yang besar kepada masyarakat yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...