Sabtu, 6 April 2013

DEMONSTRASI POKOK KRISTAL KEMAS IPOH BARAT

Disediakan oleh : Istanbul
30 Mac 2013,Ipoh - Bertempat di Dewan Kelab Rekreasi India,Buntong telah berlangsung satu program demonstrasi cara membuat pokok kristal.Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dihadiri oleh 30 orang penduduk yang tinggal di kawasan DUN Buntong.Selain itu Pemimpin tempatan,En.C.Sivarraajh turut hadir bersama sama masyarakat untuk sama-sama menyerikan lagi program ini.
En C.Sivarraajh bersama Penyelia Kanan KEMAS Ipoh Barat
Kebiasaannya kristal dijadikan sebagai gelang, rantai ataupun hiasan pada baju, tetapi kini ada hasil lebih kreatif apabila ia digubah menjadi pokok serta bunga hiasan.Pastinya memukau pandangan dengan kilauan batu-batu kristal pelbagai warna yang menarik mampu menyerikan lagi setiap sudut rumah dan jika serius dalam menghasilkan pokok kristal ini mampu dijadikan sebagai sumber pendapatan.

Kakitangan KEMAS sama sama untuk meyiapkan gubahan bunga kristal
En. C.Sivarraajh dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan KEMAS kerana menganjurkan program seumpama ini.Beliau yakin program ini banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat.Beliau juga berharap program yang seumpama ini akan dapat diteruskan oleh komuniti setempat di masa yang mendatang.
Penduduk bergambar bersama kakitangan KEMAS yang hadir
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...