Sabtu, 6 April 2013

SUKAN RAKYAT KAMPUNG PADANG ASSAM



PADANG RENGAS - Pada 29  Mac 2013 yang lalu bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Assam telah berlansungnya Program Mesra Rakyat anjuran  KEMAS Parlimen Padang Rengas dengan kerjasama JKKK Kg. Padang Assam.  Program yang bertemakan sukan rakyat ini berjaya  menarik minat masyarakat setempat hampir 130 orang termasuk golongan belia dan beliawanis.  

Program yang bermula jam 9 malam ini telah mengembalikan nostalgia dan memperkenalkan kembali permainan tradisional yang lama seperti permainan congkak, batu seremban, karom, dam aji, gusti lengan dan menulis tulisan jawi.  Bak kata pepatah melayu 'Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas'.  Ini juga sebahagian daripada usaha KEMAS untuk mempromosikan kembali permainan tradisional di era globalisasi kini.

Di penghujung program tersebut telah diadakan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh YB. Dato' Siti Salmah inti Mat Jusak, ADUN Chenderoh merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Padang Rengas.  Acara  cabutan bertuah juga turut disediakan bagi menarik minat para peserta untuk menyertai setiap program yang dilaksanakan oleh Kemas.


Program yang dilaksanakan oleh KEMAS Parlimen Padang Rengas ini bertujuan untuk mendekati golongan Y iaitu golongan belia dan beliawanis di kampung tersebut dan mengeratkan silaturrahim diantara penduduk kampung dan KEMAS secara amnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...