Selasa, 2 April 2013

DEMONSTRASI JAHITAN MANIK - SG SIPUT



DEMONTRASI JAHITAN MANIK PADA TUDUNG DAN PENERANGAN ISU-ISU SEMASA








Seramai lebih 60 peserta telah hadir ke Program Demonstrasi Jahitan Manik yang telah dianjurkan oleh pihak KEMAS Sungai Siput pada 5 Mac 2013. Program tersebut telah diadakan di Kampung Suak Pelang. Melalui Program tersebut, para peserta yang merupakan dari kalangan penduduk dan peserta kelas Pendidikan Kemahiran KEMAS berpeluang untuk bertemu dengan para Pemimpin serta dapat menyuarakan keperluan Penduduk disitu. 

Duta Khas (Infrastruktur) Kerajaan Malaysia ke India, Dato Seri S.Samy Vellu serta Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Sungai Siput, Dato' Haji Mohd Zulkafli Hj Harun telah meluangkan masa bertemu dengan para peserta yang hadir di Program tersebut. Turut hadir adalah Kepimpinan JKKK, antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi dialog, penduduk memohon agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina jalanraya untuk laluan ke kawasan kebun mereka bagi mempertingkatkan kemudahan serta keselamatan penduduk untuk mencari rezeki harian mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...