Selasa, 2 April 2013

PROGRAM DANDANAN DIRI BERSAMA KEMAS SG SIPUT

Dalam usaha menyahut seruan Kerajaan 'Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir' pihak KEMAS turut terpanggil untuk menganjurkan program-program untuk semua golongan. Pada 7 Mac 2013 di Dewan Orang Ramai FELDA Lasah, Unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Sungai Siput telah menganjurkan Bengkel Dandanan Diri khusus untuk kaum ibu. Bengkel tersebut telah disertai hampir 60 orang kaum-kaum ibu yang juga merupakan penduduk dari sekitar kawasan tersebut. Pihak KEMAS telah menggunakan khidmat Jurulatih Profesional iaitu dari Syarikat Balqis Beauty. 

Dalam Bengkel tersebut kaum-kaum ibu berpeluang mempelajari teknik-teknik mendandan diri dari segi solekan wajah. Objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada kaum-kaum ibu meningkatkan kemahiran serta menambah pendapatan semasa musim perkahwinan. Dato' Haji Zulkafli Haji Harun, Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Sungai Siput, berucap semasa Majlis Perasmian merakamkan ucapan tahniah kepada pihak KEMAS Sungai Siput kerana dapat menganjurkan program-program yang dapat memanfaatkan masyarakat. 

Menurut beliau semua program atau dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana Negara berada dalam keadaan aman serta memiliki kerajaan yang stabil. Dalam ucapannya juga, beliau menyentuh mengenai sikap sesetengah pihak yang tidak memandang serius terhadap insiden-insiden yang berlaku seperti di Lahat Datu, malah mereka secara terang-terangan memperlekehkan usaha kerajaan serta pihak keselamatan mempertahankan kedaulatan Negara. Turut hadir ke Program tersebut adalah Puan Ramfiazah Ramli, Penyelia Pendidikan Masyarakat KEMAS Sungai Siput, selaku penyelaras program.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...