Khamis, 4 April 2013

DEMONSTRASI MASAKAN DAN SEMBANG PETANG (PTSR)


Oleh: Wartawan Media KEMAS  Lumut

 
 LUMUT – 20 Mac 2013 bertempat di Pusat Masakan KEMAS Parlimen Lumut telah diadakan ”Kursus Asas Masakan Remaja”. Kursus tersebut berjalan seharian bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.30 petang.


 Kursus ini merupakan stratigi untuk mendorong dan melibatkan masyarakat setempat agar bertanggung jawab dalam kegiatan aktiviti untuk pembangunan masyarakat. Dengan adanya program ini dapat memberi faedah kepada masyarakat dan juga merasakan bahawa sumbangan mereka itu penting dalam proses pembangunan Negara.


 Ianya juga memberi peluang kepada pelajar mendapatkan kemahiran asas masakan, selain dari mengisi masa lapang remaja dengan kegiatan yang berfaedah. Menanam minat peserta dalam bidang usahawan khususnya pengeluaran makanan dan memberi kepuasan dan dapat menilai kebolehan diri sendiri. 
Pizza dan Cream Purff
 Dalam kursus ini mereka akan belajar secara teori, praktikal dan pengenalan mengenai zat makanan.
Sembang Petang oleh Tn Hj Ahmad Sazali Bin Mohd Amin
 Penutup Program tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj Ahamad Sazali bin Mohd Amin, Pegawai Jasa merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Lumut. Beliau juga telah berbesar hati memberi ceramah yang bertajuk ” Berfikir itu Pelita Hidup”.   


Penyampaian Sijil dan Cenderahati
Dalam sembang-sembang petang itu beliau mengajak peserta semua berfikir dalam melihat diri sendiri dan juga peranan fikiran dalam menentukan tindakan yang dilakukan yang mana boleh mengakibatkan kemusnahan dan kerugian terutama dalam pemilihan kerajaan yang memerintah. Dalam apa jua tindakan kita, ianya harus berpandu pada fikiran yang waras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...