Khamis, 4 April 2013

Program Titik Sentuhan Rakyat” (PTSR) Bagi kaum IndiaUCAPAN PEGAWAI KEMAS DAERAH MANJUNG

UCAPAN PEGAWAI KEMAS DAERAH MANJUNG


LUMUT – 15 Mac 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Spynie kayan telah diadakan “Program Titik Sentuhan Rakyat” (PTSR). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat agar mereka dapat merasai bahawa mereka didekati oleh pemimpin tempatan sejajar dengan matlamat kerajaan dengan Slogan “3P”. Dengan itu KEMAS Parlimen Lumut telah turun  padang ke akar umbi untuk menyalurkan maklumat terkini disamping memberi sedikit sumbangan supaya mereka dapat merasai bahawa diri mereka dihargai.

PENGUNDI INDIA BERSAMA JKKK KAYAN


Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua MIC En R. Vikneswaran a/l Ragasami dan Jawatankuasa Cawangan Kampung Spynie, Ketua Wanita cawangan dan seluruh penduduk kampung tersebut. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani, Penyelia Kanan, Penyelia-penyelia dan Pemaju Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut.
Ketua MIC Cawangan telah mengalu-alukan kehadiran Pegawai KEMAS Daerah dan kakitangan  juga kepada semua jemputan yang hadir.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN
Dalam ucapan Pegawai KEMAS Daerah pula memaklumkan bahawa Program seumpama ini adalah untuk mendekatkan lagi golongan India dengan Agensi kerajaan dan mereka tidak pernah dilupakan bahkan Titik Sentuhan Rakyat ini akan sampai, walaupun berada di pendalaman.            
Beliau merasa bangga dengan kehadiran yang begitu menggalakkan dari penduduk setempat walaupun di kampung itu hanya terdapat 40 buah rumah tetapi kehadiran penduduk yang hampir 100 orang amat membanggakan. Dimaklumkan juga bahawa pengundi disini adalah seramai 380 orang dan mengharapkan dengan tenaga seramai ini dapat menawan semula DUN Pasir Panjang demi Agama, Bangsa dan Negara di PRU ke -13 nanti.
Beliau berkata” Saya juga merasa gembira dapat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kampung ini, Ahli jawatankuasa serta penduduk yang begitu perihatin dengan program, dan menerima baik kunjungan pihak kami untuk mengadakan program ini. Sejajar dengan matlamat kerajaan agar agensi turun ke kampung-kampung menyelami perasaan rakyat hingga ke akar umbi”.

SUMBANGAN KEPADA YANG KURANG UPAYA


Tegas beliau lagi ” Saya mengharapkan penduduk kampung ini dapat terus menyokong kepimpinan yang ada sekarang yang jelas telah banyak memberi peluang dan ruang kepada kita semua dan bersyukur kerana negara Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup aman dan bebas dari segala ancaman.

CENDERAHATI KEPADA KETUA CAWANGAN MIC SPYNIE


Akhir sekali beliau merakam kan setinggi terima kasih kepada ketua MIC dan Jawatankuasa kerana telah memberi kerjasama dalam program Titik Sentuhan Rakyat ini.

 

SEBAHAGIAN KEHADIRAN MASYARAKAT INDIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...