Rabu, 10 April 2013

DEMONSTRASI MASAKAN DI KOTA MALIM PRIMA

Oleh : Bintu Darus


 Anda inginkan aktiviti minum petang yang ringkas, mudah dan cepat bersama keluarga?  "CRISPY CRAB FILEMENT" lah jawapannya.  Hari ini 10 April 2013, telah diadakan demonstrasi masakan di Kota Malim Prima, Behrang yang telah dilaksanakan oleh YM Cik Raja Siti Zaharah bt YM Raja Abd Razak.  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim.


Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat dikawasan tersebut.  Majoriti dikalangan penduduk disini adalah bekerja.  Terdapat segelintir daripada mereka yang sanggup pulang awal untuk menghadiri program ini.  Disini KEMAS dapat lihat sokongan masyarakat dalam program-program yang diadakan oleh KEMAS.


Harapan KEMAS agar ilmu yang dikongsi dan dicurahkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam kemajuan diri, kesejahteraan keluarga mahupun masyarakat.  Walaupun program ini kecil tetapi sokongan masyarakat terhadap KEMAS sungguh besar. Sekalung terima kasih diatas sokongan masyarakat terhadap KEMAS.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...