Rabu, 10 April 2013

LADANG CLUNNY : JEJARI KETAM TARIK MINAT MASYARAKAT INDIA

Oleh : Bintu Darus


Tepat jam 5.00 petang kelihatan kelibat penduduk di Ladang Clunny berpusu-pusu hadir ke dewan bagi menghadiri Program demonstrasi masakan yang telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada hari ini 10 April 2013. Demonstrasi telah dilaksanakan oleh Puan Moli bt Taharim, Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS Parlimen Tg. Malim.

 
Program ini diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat India di kawasan tersebut. Pepatah melayu pernah berkata "Pucuk dicita, ulam mendatang" bagi memenuhi permintaan masyarakat disini yang inginkan aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan, maka KEMAS dengan hati terbuka menerima pelawan tersebut.  Masyarakat disini dahagakan aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan kerana disini kurang aktiviti seperti ini.


Apa yang KEMAS harapkan daripada masyarakat adalah dengan sedikit perkongsian ilmu yang dicurahkan, dapatlah masyarakat disini manfaatkan untuk kemajuan diri, kesejahteraan keluarga dan masyarakat.  Turut hadir dalam program ini ialah Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN, Puan Jamilahtun bt Hj Mohd Nor dan Puan Juwita bt Abas, Pemaju Masyarakat Pentadbiran.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...