Rabu, 10 April 2013

DEMONSTRASI MASAKAN "KEK BUAH MANISKU" DI PERLOK

Oleh : Bintu Darus

"Kek Buah Manisku".  Itulah resepi demonstrasi masakan pada hari ini, 08 April 2013. Kehadiran seramai 35 orang yang hampir keseluruhannya hadir dengan berwajah manis dan berseri-seri, seolah-olah memberi aura kepada kek buah yang dibuat oleh YM Cik Raja Siti Zaharah binti YM Raja Abd Razak.  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim di Kg Perlok Baru, Perlok.



Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara KEMAS dengan penduduk di Kg Perlok Baru ini.  Selain itu, ianya bagi memenuhi kehendak masyarakat di kawasan itu yang ingin mewujudkan kelas masakan.  Disebabkan kekurangan tenaga pengajar, KEMAS mencari alternatif lain dengan mengadakan program demonstrasi masakan ini.  Penerimaan daripada masyarakat setempat amat menggalakkan dan kampung ini boleh dijadikan contoh kepada kampung-kampung lain kerana  kemuafakatannya dalam aktiviti kemasyarakatan.


Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Kg Guntong dan ahli jawatankuasa UMNO Cawangan.  Harapan mereka semoga program seperti ini perlu diadakan bagi memenuhi aktiviti kemasyarakatan dan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...