Rabu, 10 April 2013

SEMBANG ORANG MUDA KG. BERALA


"TAWAN DAN TAMBAT" objektif  yang cuba diterapkan dalam Program Sembang Orang Muda Kg. Berala anjuran KEMAS Parlimen Padang Rengas bersama JKKK Kg. Berala.  Program yang diadakan pada 6/4/2013 jam 9.00 malam ini berjalan secara santai dan berjaya  menarik minat golongan belia hampir 40 orang.  Acara cabutan bertuah dan jamuan makan secara barbeque juga diadakan bagi menambahkan lagi kemeriahan program ini.


Program yang dilaksanakan oleh pihak KEMAS Parlimen Padang Rengas ini bertujuan untuk mendekati golongan Y iaitu golongan belia dan beliawanis di kampung tersebut dan secara tidak lansung mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara penduduk kampung dan KEMAS secara amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...