Isnin, 6 Januari 2014

IDEA KREATIF PENGARAH MENGUJI MINDA DAN TAHAP KEFAHAMAN SEMASA KAKITANGAN KEMAS


Penutup tahun baru 2013 bila semua kakitangan menghadiri Hari Perjumpaan dan taklimat pengarah 2013 di Dewan ILK Seri Iskandar begitu riuh dan panas bila idea baru yang diadaptasi oleh Pengarah dan direalisasikan semasa majlis tersebut nyata membuat semua kakitangan yang berada dalam dan luar dewan tidak dikecualikan mengisi borang soal jawab kajian bagi menguji dan cara unik penyelidikan tahap pengetahuan  kakitangan diedarkan kepada semua kakitangan Kemas Perak.

Slot atau sisipan idea pengarah yg diadakan tanpa diketahui oleh semua kakitangan nyata menguji minda dan tahap kesiapsagaan kaki tangan dalam pengetahuan hal ehwal semasa serta pengetahuan dalam objektif dan peranan kemas bila berhadapan dengan masyarakat yang didampingi terutama didalam setiap program Kemas yang diadakan



SESSI MAKLUMBALAS DAN UJIAN KOMPETANSI KAKITANGAN  KEMAS PERAK yang diilhamkan oleh tuan pengarah nyata memberi impak serta menguji tahap pengetahuan kakitangan yang berdepan dengan masyarakat di lapangan. Selain itu juga ia dilihat paling berkesan sebagai agensi yang cukup berfungsi memberikan penerangan kepada masyarakat terhadap polisi, penerangan, perancangan atau pun agenda kerajaan menyalurkan info dan bantuan kepada rakyat di peringkat akar umbi dimana jua kaki tangan Kemas yang berkhidmat.

Dalam ucapan pengarah juga beliau mengatakan ini sebagai permulaan dan sedang mengaji kaedah bagaimana setiap kakitangan dilatih boleh berucap dengan baik semasa sessi penerangan ataupun ketika bersama masyarakat didalam setiap program dan dimana sahaja mereka boleh membantu kerajaan dalam membantu siri penerangan rancangan kerajaan kedasar umbi. Beliau juga  berkata ' Mungkin kita akan panggil nama secara rambang dan minta dia naik kepentas dan memberi ucapan terhadap isu atau penerangan yang kita akan beri tajuk'

Bagaimana pun bagi pihak BULKEP amat-amat mengalukan idea yang dicetuskan pengarah dimana ia dilihat amat membantu dan berkesan sepertimana kami juga akan terus iringin hasrat pengarah dalam penerangan didalam laman blog khusus untuk masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...