Jumaat, 10 Januari 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT

Majlis telah berlangsung dengan meriahnya pada 24 Disember 2013 bertempat di Dewan Dato' Ahmad Hambal Bota Kanan.

Seawal jam 8.00 pagi telah kelihatan ramai peserta kelas Unit BPM telah sampai di Dewan dengan semangat berkobar dan wajah yang ceria. 
Mereka ini juga akan menyertai pertandingan2 yang telah disediakan bagi memeriahkan lagi program pada hari tersebut. 


Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah Dekorasi Pulut Kuning dan Rendang, jahitan mata lalat, Gubahan Bunga tiruan.




Program telah disempurnakan oleh YB Dato' Nasarudin bin Hashim ADUN Kawasan Bota merangkap Timbalan Speaker Negeri Perak.

Turut hadir wakil pengarah KEMAS Negeri Perak En Hussin bin Sidek Penolong Pengarah Operasi 1 dan En Azhan bin Zaini. 

Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani turut memberi ucapan dalam program ini. Beliau merasa bangga dengan komitmen dan persefahaman pendapat yang telah ditunjukkan oleh 3 Parlimen yang bergabung dalam Zon 3 ini iaitu Parlimen Lumut, Parit dan Pasir Salak dibawah penyeliaan Penyelia Kanan setiap Parlimen. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya dalam kursus2 yang telah mereka ceburi hingga ketahap ini dan pada hari ini mereka akan menerima sijil penyertaan kerana mereka telah menunjukkan bakat yang terbaik pada tahun ini.



Terima kasih kepada YB Dato' diatas kesudian merasmikan Program ini. 

Terima kasih juga kepada Pegawai KEMAS Daerah Manjung, Penolong Pengarah Operasi 1, Penyelia Kanan Parlimen Lumut, Parit, Pasir Salak, Penyelia pelbagai jurusan, Pemaju Masyarakat Unit BPM, Peserta Kelas dan orang ramai yang sudi hadir dalam menjayakan program pada hari ini.
Tidak ketinggalan juga sekalong tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak, terutama kepada semua penyambut tetamu yang telah sama2 dalam membantu memeriahkan dan melicinkan lagi perlaksanaan program.. 
KEMAS Parlimen Lumut menghargai setiap jasa dan pengorbanan semua yang terlibat.. 
Syabas!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...