Jumaat, 10 Januari 2014

MAJLIS MAKAN MALAM & GRADUASI TASKA PKM 1 2013

Majlis Makan Malam  dan Graduasi Kanak-Kanak TASKA PKM 1 2013 telah diadakan pada 27 Disember 2013 bermula jam 8.30 malam, bertempat di Horizon Garden Restaurant . Dengan Tema RETRO menampakkan keceriaan yang begitu menyerlah.


Pegawai KEMAS Daerah En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani turut hadir  bagi memeriahkan lagi majlis tersebut  dengan pakaian RETRO yang amat menarik perhatian tetamu.

Dalam ucapan beliau menegaskan “Konsep Retro ini telah mengingatkan kembali nostagia dimasa lampau dalam tahun 60an dulu sehinggakan menjadikan nostagia ini tidak luput dek zaman dan sentiasa diperingati sepanjang hayat.”

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak TASKA kerana dapat mengadakan majlis Graduasi dan Makan Malam dengan jayanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada  guru-guru TASKA KEMAS di mana diatas didikan mereka kepada anak-anak sehingga boleh membaca, mengira dan sebagainya.

Beliau juga mohon supaya ibu bapa beri  kerjasama dan komitmen yang berterusan kepada pihak TASKA Permata Kemas PKM 1.


Tidak ketinggalan juga turut hadir Pengerusi Aktiviti TASKA KEMAS PKM 1 En Bukhori Bin Ishak. 


Diantara pengisian dalam majlis tersebut ialah persembahan Kanak-Kanak Tarian Retro, Penyampaian Sijil & Hadiah, Makan Malam dan Karaoke


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...