Isnin, 13 Januari 2014

Demonstrasi Jahitan Tudung 3 Layer KEMAS Parlimen Lumut

Demonstrasi Jahitan Tudung 3 Layer telah diadakan pada 9 Januari 2014 bermula jam 9.30 pagi, bertempat di Bengkel Jahitan KEMAS Parlimen Lumut . Dengan penyertaan dari Pemaju Masyarakat Unit BPM dan Penyelia seramai 15 orang. 

Pn Hasmani bt Kamarudin dan Cik Farahwahida bt Zabidi merupakan tenaga pengajar yang telah bertungkus lumus membantu semua Pemaju Masyarakat unit BPM ini.






Matlamat demonstrasi ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan awal kepada guru-guru BPM ini bagi memantapkan diri dan punyai ilmu untuk mengajar dan berhadapan dengan peserta kelas masing-masing kelak.




Dengan adanya ilmu menjahit tudung 3 layer ini  kepada guru-guru diharap semua peserta kelas dapat memberi sokongan dan komitmen dalam proses pembelajaran di kelas masing-masing disamping pelajaran yang lain.





Setiap PM telah diberi seorang satu set kain untuk dijahit sehingga siap. Dalam proses pembelajaran ini pelbagai karenah dapat dilihat dan ianya mewujudkan rasa kemesraan dan toleransi antara satu sama lain.



Semangat gotong royong juga dapat dipupuk kerana setiap seorang PM itu, berlainan kemahiran nya. 

Akhir nya tudung 3 layer ini dapat juga disiapkan dalam masa yang singkat. Alhamdulilah ilmu ini dapat dimafaatkan. Terima kasih kepada tenaga pengajar dan juga yang terlibat sepenuh masa dalam demonstrasi ini. 

"Hahaha... Dah siap pun"


Tahniah KEMAS Parlimen Lumut telah dapat merealisasikan impian setiap Pemaju Masyarakat dan seterus nya kepada peserta kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...