Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir Menteri Besar Perak pada jam 5.00 petang.
Kehadiran
yang mendapat sambutan diluar jangkaan ini, melibatkan pelbagai Agensi,
Jabatan, NGO, Politik, JKKK, Sukarelawan dari seluruh Negeri Perak.
Program ini mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat dan kaum.
Diantara
pengisian yang ada dalam program ini ialah mengenai Badjet 2014 yang
telah disampaikan oleh YB Dato' Hj Ahmad Bin Hj Maslan Timbalan Menteri
Kewangan Malaysia.
Hadirin
begitu kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Menteri
Kewangan ini kerana mereka adalah diantara yang bakal membawa pulang
ilmu mengenai badjet dan juga GST ini kepada masyarakat di kawasan
masing-masing.
Dengan
semangat yang begitu mengkagumkan ini, diharap wakil dari seluruh
Negeri Perak ini akan dapat membawa amanat yang dipikul dengan sebaik
nya kepada masyarakat.
Hadirin
terhibur dengan senda gurau dari Dato' Hj Ahmad Maslan dimana beliau
telah memanggil insan yang tertua yang ada didalam dewan. Insan yang
bertuah ini telah dihadiahkan dengan senaskah buku yang ditulis oleh YAB
Dato Najib Perdana Menteri Malaysia.
Diharap
dengan adanya pendedahan awal mengenai GST ini, masyarakat akan dapat
menerima baik apa yang telah diatur oleh kerajaan untuk kebaikan
bersama.
KEMAS
Parlimen Lumut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur
kerana telah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk menyertai
program yang amat bermakna ini.
Pada
hari ini terdapat ramai nya anggota KEMAS dari seluruh Negeri Perak
turut hadir dimana tidak ketinggalan juga Pengarah KEMAS Negeri Perak
Encik Ahmad Kamal Idris Bin Hj Nawawi turut hadir bersama dan menampakkan
kehebatan KEMAS sebagai Jabatan yang sentiasa memberi komitmen didalam
apa juga majlis dan program.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan